Tuesday 31 July 2012

Me, Gee n Ramadhan..

Salam Ramadhan Dear
Salam Ramadhan semua..


Dah masuk 11 Ramadhan I sambut dengan my dear wife ni..yang tak bestnya I sorang jea yg puasa and u dear,, masih menyusu lagi macam baby..nak up date condition u sepanjang bulan puasa ni tak de any perkembangan yg positif lagi,,u nampak makin lemah walaupun dah sembuh dari demam but kahak masih ada lagi tapi tak la teruk..dan sepanjang malam I kena berjaga sampai u betul2 dah tido coz bila dgr u batuk I akan terus buat suction untuk mengeluarkan kahak u dear..I tido pun, tido2 ayam jea ler, telinga kena peka untuk mendengar batuk u tu...Kalau I terlelap sungguh, takut pulak kahak u akan blok pernafasan u nanti...


Tak pe la dear, I dah beritau kan, selagi I ada, u dont worry syg, I will take care of u, InsyAllah..Hanya I belum dapat meluangkan masa keluar  mendapatkan pakaian raya u nanti. InsyAllah weekend ni bila mak mertua u blik nanti at least mak boleh tgk2kan u sementara I keluar jap, ok dear. I akan pastikan pakaian raya u ada, but sekitar Seremban jea la yg dapat I carikan. Hope ada yg terbaik untuk u nanti. InsyAllah, InsyAllah.


Sepanjang Ramadhan tahun ni dapat la I berbuka ngan u di samping, berbanding tahun lepas u kat hospital n I  tak tentu tempat berbuka coz I tak di benarkan di wad wanita lepas Magrib. Sekurang kurangnya sekarg kita berbuka sama2, I makan nasi n u minum susu kegemaran u tu! Setiap petang bermula dari pukul 5.30 I akan keluar ke bazaar Ramadhan untuk take away juadah berbuka sorang2. ( kecuali weekend my mom ada n masak but still kuar gak cari kueh mueh ) Mula ngan bazaar di Stadium Paroi, I akan beli karipap dan putu mayam. Then ke bazaar Ampangan beli nasi kukus ayam dara..jgn main2 berdara n bergetah lagi ayam tu!! Sodap raso eh!! hahahahaha n sebelum balik singgah di bazaar Rasah pulak beli air tebu sahaja,,manis tebunya.( emm dara, bergetah dan manis! kena la juadah tu ).. 1 jam setengah I ambil masa n cuci2 mata I ni hehehehehe Tu la u tak puasa so tak leh ikut la. Cuba u puasa tentu2 I tak dapat n mencuci2 mata!!....Yg ayam dara tadi I belasah dia cukup2 masa berbuka hahhahahaha, dengan air tebu,,putu mayam pulak untuk bersahurrr..dengan air minarelll....


Di bazaar Ramadhan la biasanya kan dear, I akan terserempak ngan kawan2 lama tak jumpa..Soalan2 biasa la, kerja mana, dok mana sekarg, anak berapa, tak nak tambah bini keee...eh,eh, soalan tu tak ujud hehehe salah taip la syg hehehe...Tapi bila I beritau yg u sakit semua terperanjat, n terdiam jea. Then dia org akan kata sabar la, ni ujian n kata u bertuah dapat suami cm I, tapi I kata, I yg bertuah dapat ISTERI cm u..Kadang2 ada juga yg menegur I, " abg ni ke yg empunya blog warkah untuk isteri tu?" I hanya tersenyum n mengiya kan..Kebanyakkan wanita la yg menegur,,tu yg seronok tu g bazaar ramadhan !!! Mana yg agak2 lawa tu I layan lama sikit la, hahahhahaha boleh bercurang curangan ni dear hahahahaha.... Apa, u ingat en suami u ni tak gatal ke, nama pun lelaki,,see the lidah la, bercabang2 oooo!! Lagi pun husband u ni kan henn...ssem..! Macam mana pun dear, u tetap di mata I ni, U tetap isteri kesayangan I tau.


Lupa nak cita, ada 2 wanita ni tegur, borak2 salah seorang kata, kawan dia ni janda! I terdiam jap, dalam hati I kenapa perlu kata begitu kat I so I pun beritau dia, " tak manis pakai bahasa janda tu,,lagi pun biasanya  pengertian janda cm awak kata tadi, org kita jea yg ckp..mengikut syarak janda ni ertinya perempuan yg pernah berjimak tak kira kawin ke belum. Selesai jea jimak tu,,anda di gelar JANDA...so awak dah kawin belum?" I tanya wanita tadi. Terus wanita yg masih berkawin tu kata " I pun janda la yea?" I just senyum dan minta diri n said, lain kali jumpa lagi yea,,, Di sini I nak menegur sikit, boleh yea kawan2...( I ckp ngan u all la ni,,bukan ngan perempuan tadi...) Kita ni tak mau la panggil janda atau pakai bahasa cm tu,,kurang manis la di dengar..yg mengunakan bahasa tu pun mungkin berstatus janda ( mengikut pengertian syarak tadi ). Pada yg telah di tinggalkan suami tu, jgn sesekali rasa sedih jea sepanjang hidup,,rasa sedih sekejap tu tak pe laaa..Kenapa I kata jgn bersedih,,? Coz Allah sendiri yg berjanji bahawa wanita2 yg sebegitu nasibnya akan di jaga sendiri oleh Allah..Hebatkan..Allah sendiri yg jaga tauu,,ngan syarat, ikut perintahNya n jangan selalu2 bersedih...Allah pasti akan beri pasangan yg jauh lebih baik nanti,,Pasti!! Percaya la kata saya ni..


Tu, aa,aa,aa, dah batuk lagi kena buat suction lagi dan lagi..emm puasa2 ni berkahak pulak isteri saya ni..ok dear, I am coming now...so u guys sebelum I check out ni,, I nak minta maaf la sekiranya sepanjang up date blog ni, ada bahasa atau teguran yg u all kurang selesa, I minta maaf byk2 yea..kadang2 tu I bergurau2 sahaja,,jangan marah yea sayang abggg semuaa...so u guys c u again, nak g layan isteri I ni...oohh Dear ku sayangg...

Thursday 26 July 2012

Termarah then terdemam!!

Assalammualaikum isteri saya ni......yang sedang demamm....


Apa la yang I nak up date lagi dear...kebelakangan ni asalkan up date jea u kurang sihat, demam la, kahak la, aa,aa,aa, la, keras2kan badan la....emmmm ni tgh demam lagi tapi kahak kurang dah..Dari semalam sampai la ni, I belum tido lagi dok jaga u sepanjang hari yesterday,,u, la ni tgh tido sedap ler...Amoi, u tatak kesian sama lu punya laki ini ka?! Lu ingat lu punya laki ni ada pakai batery eveready  dia punya punggung dalam ka, sulupa lobot itu macam!! Tak payah titun, mau jaga lu, tgk lu bikin kerja contlek sampai demam ( keras2kan badan,, aa,aa,aa,, cipta kahak buatan sendiri. ) Yea la nak buat cmana kan, nama pun org sakit terlantar isteri saya ni...syg, syg....


Tadi Pn Asimah dari GH Seremban datang buat ur basic medical check up and dia pun kata u tgh demam panas ni..but dia tahu still semuanya terkawal coz ubatan u I jaga n I akan hantar u ke hospital sekiranya I rasa perlu..Apa yang ketara sangat sekarang ni,, badan u betul2 dah mula susut dengan cepat, tulang belakang n tulang rusuk u dah mula leh nampak jelas n tulang raut wajah u pun dah mula nampak gak!! Kuruss isteri saya sekarg ni dah..Macam2 I bagi for ur meal tapi tetap turun gak berat badan u coz u pun terlantar jea dah setahun lebih,,imun badan pun nampak semakin hari semakin kurang. I yang menjaga u ni tahu la cmana keadaan sebenar u sekarang ni dear...Really hope semuanya akan okey nanti,,InsyAllah, INsyAllah...Rasa2nya berat u sekarang dlm 30 kg jea..I harap u faham dear, I dah menjaga u dengan baik sehingga hari ni n akan terus dgn usaha I ni yea...Kita sabar jea la dear....


Yang u all ni yg dok membaca warkah ni...( jap,jap, mulut tu tutup sikit, kang lalat masuk ) jaga la kesihatan u all baik2 tau..jangan ambil mudah sakit sakit yang ada sekarang ni..Tgk contoh my wife ni, berpunca asma jea, kini terlantar "brain damage". Selalu dapatkan rawatan yg sewajarnya kalau sakit. Dan lagi satu perkara yang penting, PENTING!..Siapkan tabungan untuk kesihatan u all awal2,,bukan la nak minta sakit but sakit sekarang ni dtg tanpa di undang, tak payah buat surat permohonan minta sakit, dia dtg secara percuma jea n tak kira sapa dah, kalau kena, kena la. Kos rawatan sekarang pun tak perlu la I nak beritau u all,,u all dah besar2, akhir baligh pun dah 16 kali,,pandai2 dah.....Frankly speaking, at least kita perlu ada 50k untuk PERMULAAN urusan sakit, sekiranya sakittt...I ni dah alami situasi begini I tau la bagaimana perbelanjaan nya. Tu kira murah belanjanya,, kalau jenis sakit buah pinggang rosak, cancer, jantung...dan penyakit2 "outbreak" yg lain, lagi tinggi perbelanjaannya...Kena buat rawatan utama then rawatan lanjutan,,silap2 ada yg kena beli organ2 dalaman,,u all ingat organ dalaman ni leh dapat free atau g fun fair menang main BINGO leh dapat jantung satu!. Tu semua puluh ribu harga. Time tgh sihat ni siapkan tabungan tu, jangan dah sakit baru nak buat,,Too Late! Nak senang ambil la mana2 polisi insurance, siapkan jea dulu n pilih la company2 yg pembayaran claim atau pembayaran terus yg stabil. Ni bukan nak promote insurance tapi benda tu dah perlu ada dah setiap individu, sekurang2nya medical card insurance. Sekiranya tak faham tanya la I ni, ( perunding kewangan kan, mesti la tau benda2 ni..cehhh wah! ) Hallo fren, u all dont play2, konda kondi also dont play2,,now days no money no..no...aaa no... no apa yea....aaa no rawatan yg baik ! Nak repair apa yg rosak kat badan tu semuanya pakai duit nanti, tauu....So please u guys, keep healthy, jangan ambil mudah sebarang sakit yang ada n menabung la,,Tolongg laa...


Tu baru part menabung, belum I tanya U all,,kalau u sakit rasa2nya siapa yang boleh jaga u..Ingat yea, I bukan minta u all sakit tau,,sekiranyaaa.....Siapa boleh jaga? Cuba CONFIRMkan 1 sahaja nama penjaga kita sekiranya kita sakit....Sebut sekarang, nama siapa kah dia..ada? Jangan la masa tu nak kata " saya serahkan pada Allah"..Segala pertolongan Allah, bantuan Allah, urusan Allah pada kita ni, mesti kita ada ikhtiar dulu,,semua tahu tapi faham tak..? Cm jodoh, jodoh rahsia Allah,,klau kita tak ikhtiar, tak la Allah beri kita rahsiaNya... Fikir2kan dulu perkara2 yg dah sebutkan diatas n buat la kira2nya sekali untuk menabung cmana, nak raya ni berapa belanja, langsir raya lagi, ( minta kat Mis Moon kita tu, diskaun sampai 100% katanya ) baju raya, seluar dalam G-String raya ( aduhhh emm..eh, puasa,puasa, astagfirullah..  ) dan berbagai2 lagi la....


So guys selamat berbuka nanti,,pukul 5 nanti I pun nak ke bazaar ramadhan kat ampangan, seremban nak take away bekalan berbuka, seperti biasa berbuka sorang2 sambil di temani isteri I yg terdemam ni hehehehe, agaknya ari tu kena termarah, ni yg terus terdemam makcik sorang ni hahahahaha ok guys cau cincau g-string!! ( aduhhhh ).

Wednesday 25 July 2012

so in love with u..

Salam Ramadhan...Salam dear.


Dear kita berada dalam bulan Ramadhan ni. Antara bulan yang sangat2 di tunggu oleh semua umat Islam. Bulan terbaik di antara seribu bulan. Bulan di mana kita membuktikan ketakwaan kita pada Allah. Bulan dimana kita menilai sendiri, berapa per/10 kita ni...Dan di bulan ni la I menambah lagi permohonan kesejahteraan u pada Allah..Moga Allah benar2 mengampuni kita, moga Allah benar2 memberikan rahmatnya pada kita dear...Ya Allah Ya Rabbi.


So dear, I minta u bersabar lagi yea syg, n I masih lagi berusaha untuk u. Sekarang ni baru u nak tido selepas  3 hari sebelum ni  keadaan u kurang memuaskan lagi. Berkahak lagi tak henti2 n demam lagi..seperti biasa suami u a.k.a. doctor peribadi u ni, bertungkus lumus menjaga keadaan u tu..Alhamdulillah lepas berbuka tadi keadaan u agak stabil semula..Semalam n today I tarawih kat rumah jea, I tak boleh nak tinggalkan u keseorangan bila u tak sihat cm ni..Tak pe dear, I akan sentiasa berada di samping u dan masih di samping u yea. Walau bagaimana pun selain dari penjagaan n usaha I ni, I pun selalu berkata pada u, u pun mesti berusaha gak untuk diri u..Fight n doa dear..I hope apa yg I beritau u to do tu u faham dan u pun sedang melakukannya. I really hope so dear..Kita minta pada Tuhan sama sama. Minta yang terbaik dari Tuhan.....Sayangg..emm I minta maaf pada u pasal semalam I marah u. Bukan niat nak marah tapi termarah ( termarah! ada dlm kamus ke? ).   Bukan apa, semalam u keras2kan badan lagi, I kata jangan buat cm tu nanti kahak tu lagi banyak, u buat gak, I kata lagi jangan sambil2 I dok kemas2 rumah tengahari tu, kena pulak tgh puasa kan, eemm mula la I rasa marah..Then tiba2 I kata JANGAN dengan suara marah, terperanjat u! sekejap tu jea u diam n tak keras2 badan..Ai, boleh pulak diam bila kena marah!! Muka blurr jea u...


I teruskan mengemas sampai selesai n I buat tak tau jea ngan u,,selesai kerja semua, I ke bilik u n say," sorry dear..I termarah u tadi"..hehehehe maklum la tgh puasa, kurang la pahala puasa I ni..Dear, u jgn terasa hati tau, kadang2 jea I marah cm tu,,maafkan saya yea.Walau pun kadang2 i marah u, ianya tak mengurangkan sayang I pada u, tak mengurangkan kasih suami ni pada isteri I yg sorang ni,,,,dan yg penting ianya tak mengurangkan pun gigitan punggung u tu!! hahahaha lepas I say sorry, n lepas buka puasa bontot u jadi mangsa gigitan maut I ni hahahaha..bukan gigit kuat la,, u rasa rimas jea bila kena geget...


Dear, I berjanji akan terus memberikan kasih sayang pada u dan meluangkan masa with u, selagi waktu masih ada ni,,sekiranya di takdirkan masa dah cukup di dunia ni, InsyAllah I akan tetap mencari u di sana nanti yea,,InsyAllah dear..Mungkin juga Allah nak beri kita kebahagiaan kekal abadi di sana...Hanya kita perlu bertahan n bersabar dgn ujian ini dear....I am so in love with u. Nobody can love u like I do !! nobody...amacam, hebat tak ayat tu!!?..Dear,dear, tenguk tu, dia org jeless ngan kitaaa...eee tak malu, jeles tgk I n my wife bercinta2 hahahahaha Ingat, nak rasa bercinta cm ni selalu baca Quran dan hafalkan Asma UL Husna tu..Ni bukan cakap main2 tau, amalkan selalu nanti nampak la kesannya..Sedara saudari sekelian, Quran kat rumah tu kalau tak di baca nanti malam2 dengar suara budak kecil menangis!! Bukan suara hantu laaa, itu la suara Quran menangis kalau nak tau..tak caya g tanya mana2 ustaz yg pakar dalam hal2 sebegini..tanya la, betul ke kata si Abil ni....aaaaa dengar suara budak nangiss,,eee takuttt...eeeee....huuuu.


Sempena bulan puasa ni, jom kita ulangkaji sikit,,boleh?  Berkenaan Quran ni..Sesetengah ulama mengatakan mukjizat Nabi s.a.w. ada 400 ada yg berpendapat 240 ribu!! Kiranya mukjizat Nabi kita ni terlalu banyak. Di antara yg besarnya,,membelah bulan..emm tau cmana Nabi belah bulan secara detailnya cita tu? Tau?..aaaa g tanya para suami2 tu, mesti para suami tu tau citanya,,jangan segan2 bertanya suami tu..Hebat hebat mukjizat Nabi kita ni, belah bulan, berjumpa para malaikat siap bergeng baik lagi, naik ke langit, berjumpa Allah dengan memakai sepatu lagi!! Dalam banyak2 mukjizat tu,,ranking no.1,, tu..AL QURAN yg Nabi tinggalkan untuk kita. Rajin2 la tatap n baca Quran tu, sekurang2nya khatam setahun sekali. Rasanya tak de masalah nak khatam setahun sekali kan..Baca jea buka kena byr punn..Baru la sayang Nabi namanyaa....Bila kita sayang Nabi, tentu2 kita sudah pasti menyanyangi pasangan n keluarga kita dengan mutu yang tinggi,,leh dapat cop sirim lagi!!....ok semua, tu kita ulangkaji sama2 la yea, ingat, I ni bukan mengajar tetapi mengulangkaji sahajaaa...


ehh dah la, byk menaip malam2 ni, pening kepala la rasanya..nak terkentut pun ada ni..I nak g tido la dulu ngan isteri kesayangan I. I in love with my wife,,do u love ur pasangan?? kalau in love g cium pipi pasangan lepas jea berbuka puasa esok..n say I am so in love with u....Gnite...



Friday 20 July 2012

ur doctor dear,,

Assalammualaikum syg...Selamat menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak. Semoga bulan mulia ini membawa seribu keampunan, rahmat dan keberkatan pada kita semua, InsyAllah. Semoga bulan Ramadhan ni turunnya keputusan Allah yang terbaik untuk u dear.....


Maafkan I, sepatutnya malam tadi nak up date warkah u ni tetapi kesihatan u malam tadi tidak memuaskan. Kahak u kembali lagi tanpa henti n banyakk giler dan badan u mula panas semula..Setiap 5 minit I buat suction membuang kahak u n beri ubatan yang sepatutnya...Malam tadi hampir rasa tak tau apa lagi nak buat dah ngan keadaan u, rasa macam putus asa...I tarik nafas panjang, pejam mata n mohon pada Allah tambahkan semangat I ni..jgn biarkan hati ni berasa putus asa menjaga u..Lepas tu I g buat nescafe o duduk kat depan rumah jap n try to relax myself sebentar.....


Maha besar Allah, Maha kaya Allah...tiba2 rasa tak elok tadi hilang dan semangat datang semula..Terus ke bilik semula sebagai doctor peribadi u..I dapat lelap2kan mata sekejap2 jea malam tadi coz nak pastikan keadaan u selesa walaupun nampak u memang tak selesa n tak bermaya, letih..I am doing my very very best dear..u asyik berpeluh, setiap kali u berpeluh, tiap kali tu la i lap kan..Nak u dalam keadaan selesa n bersih sentiasa..Namun kahak masih tak berhenti2, suction demi suction I buat, ubat yg di beri belum nampak kesannya..Risau juga kalau2 kahak u tu menutup area paru2 u...tak boleh lalai jaga u bila keadaan u macam tu....oooo very the dangerous n bahaya ooo...Jaga punya jaga,,slowly u nampak ada lega sikit n kahak mula nak kurang sehingga la pukul 10 pagi tadi u mula nak tido...Sebelum u dapat tido ni lebih baik I kemaskan u betul2 biar selesa u nanti...soo sekarang ni u tidooo...Alhamdulillah..Tapi sekiranya nanti keadaan u berbalik macm semalam, then I tak de pilihan lain selain menghantar u ke HOSPITAL!! Mungkin pihak hospital akan masukkan u ke wad dan yg tak syoknya I tak leh tido sana,,maklum la wad wanita walaupun mungkin u di tempatkan pada bilik pengasingan..emmmm


I kena terima la kalau situasi di hospital macam tu,,tapi dont worry dear,,malam jea I tak boleh ke sana tapi sepanjang siang tu, InsyAllah I akan di samping u, okey syg..Lagi pun tak jauh kan rumah ni ke hospital, 10 minit sampai dah..tu sekiranya keadaan kesihatan u tak berubah ptg nanti, kita ke hospital yea dear....Sekarang ni I pulak yang rasa ngantuk, tak cukup tido..I pun tau I kena jaga diri jugak, I tergolek, u sapa nak jaga  ni...? Doa2 la I ni sihat selaluuu....Dah dear, u tido dulu la syg, rehatkan badan..tido,..


Pada penggunjung blog ni yang dok menunggu up date I malam tadi berkaitan sharing2 n ulangkaji kita bersama, minta maaf ler byk2 I tak dapat nak up date part tu semalam. Nak cita sekarang pun masa tak mengizinkan coz jap lagi nak siap2 untuk solat jumaat n pas jumaat nanti nak tgk keadaan isteri I tu cmana...SO sabar la yea u all ( macam ler semua org nak tau sharing2 I tu ) InsyAllah tak de hal yg melintang pukang I akan up date gak nanti, dont u all worry,,u all love me?? I love U....alll....Ehh, I pun lupa, berkaitan apa yang I nak share ngan u all yea..!? Lupa lak,,pasal apa?..nanti I baca blik siri sebelum ni...emmm boleh lupa pulak I ni...ngantuk kut..Biar I rehat sekejap sebelum ke masjid kang imam baca khutbah, I dok berdengkur pulak!


Tu la diaa cita wife I ni malam tadi...Doa doa la agar isteri saya dalam keadaan yg baik nanti yea. Anyway u guys...Selamat menyambut Ramadhan...



Thursday 19 July 2012

Mimpi,,,

Salam isteri sayaa...n salam sejahtera pada semua penggunjung blog kami ini..


2 hari lagi InsyAllah  Ramadhan akan kita sambut bersama yea dear. Rasa gembira dah ni hati I nak menyambut kedatangan bulan Ramadhan. So dear, u nak berpuasa tak? Kalau tak larat tak pe biar I jea yg puasa. Tapi org berpuasa jea leh g bazaar ramadhan, u tak puasa tak leh ikut tau, u lepak jea kat rumah..hahahaha Anyhow, I akan berbuka di samping u yea, dont worry syg, konon2 kita berbuka sama la. 


Ni nak cita kat u ni, 2 malam lepas I mimpi u. I mimpi I borak2 ngan u tapi u diam jea n dengar I membebel sorang2. U look biasa sahaja dalam mimpi tu, nampak cm u sihat, tersenyum..I pun tak tau apa yg I borakkan but I rasa terlepas sedikit kerinduan I pda u..Alhamdulillah sekiranya mimipi tu keizinan dari Allah, Allah tahu yang I dok merindui u..Sekira tu hanya mainan mimpi pun Alhamdulillah I dapat tatap wajah u yg sihat tu..Bangun dari tido, seperti biasa pujian pada Allah I ucapkan dan selawat n terus I hug u hug u n hug u, cium, cium, cium dan last sekali but not least.....geget bontot u!! Time u tgh tido, i buat cm tu sure u terjaga dengar rupa blurr jea hahhahaha mesti u ingat husband u ni dah sewel agaknya,,bukan sewel la dearrr, rindu teramat sgt n happy ngan u lerrr....Pas tu ciom molot sikit,,aaa bau susu!! cm baby la u ni..Ada tak I mention kat u yg sebalum ni ( minggu pertama u mula sakit dulu ) I mohon pada Allah untuk berjumpa u dalam mimpi so I boleh terangkan keadaan sakit u and bagaimana I nak usahakan penjagaan u..Syukur Alhamdullilah. Tuhan perkenankan mimpi tu. Harap u dah faham sebelum ni dan harap u bersabar lagi yea syg...


Nak kemaskan u sekarang ni pun tak boleh coz u tengah tido nyenyak lagi, I pun baru beri susu  n oat kat u...emm lambat ler bangun tu...so I curi masa u sedikit up date warkah untuk u ni. N berkenaan persiapaan raya pulak, I akan dapatkan pakaian u yang terbaik n cantik2 nanti..so bila org ziarah u, dia org akan kata, ee cantiknya pakaian raya Gee, Gee pun nampak cantik laa...U suka kan org puji cm tu. InsyAllah dear, I akan pastikan persiapan raya u yang terbaeek!! Dear, I ada asingkan peruntukan untuk raya n untuk u bersedekah bulan Ramadhan ni sikit2..ada sumbangan dari sana sini sikit2 tu dapat la I siapkan peruntukkan u tu..Di sini saya dengan ikhlasnya juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih sekali lagi atas sumbangan yg telah tuan/puan hulurkan buat kami berdua di sini..Terima kasih saya dengan rendah hati pada semua. Kadang2 tu terasa gak malunya saya ni..maafkan saya sekiranya tercetus bebanan sedikit pada pihak semua di luar sana yang menyumbang. Memandangkan saya masih tidak dapat bekerja lagi atas alasan menjaga isteri saya yang masih terlantar ini, harap tidak ada pihak yang mempertikaikan berkaitan financial saya. Bukan niat di hati tidak mahu berusaha sendiri tapi keadaan belum dapat mengizinkan lagi terutamanya pada masa yg terhad sgt2 untuk berbuat demikian..sekelian harap maklum...( macam buat surat mohon bantuan zakat jea bahasanya )..Pemberitahuan untuk pihak2 tertentu saja ni.....


So dear, u pun jangan tanya atau pertikaikan bagaimana husband u yang teramat la hen,,,semnya ni menguruskan perbelanjaan u tau, yang penting I akan tetap memberikan u yang terbaik sahaja dari semua aspek....taauuu....InsyAllah. Nanti I akan belikan u aaaa emas 3 kilo, pakaian sutera yang berharga RM1000 sesentimeter, keta Toyata Camri 2,,,, ooh kasut 16 pasang!! suka tak,,kalau suka u kena la bangun dear. Bangun sebelum raya dear, u tak kesian saya ke, jom ler raya sama2 leh g jalan2 rumah kawan2 blog kita ni..Nak habiskan semua rumah ni mau ambil masa 3 bulan ni dear....u kalau nak pakai semua yg I beli tu, bangu laa....( U all jangan ckp I tipu dia, kang dia tak nak bangun pulak..ssyhhhhh ). You bangun yea sebelum raya, tahun lepas kita tak raya tahun ni kita raya la...  


AAAA dah bangun pun u............bangun tidooo....nak kemas2kan u dulu sekarang ni, romen2 sikit ( apa u all senyum2! ) dia orang ni dear, jeles ngan kita nak romen2...tak maluu, kau ada! hahahahaha romen tu manja2 la ngan isteri saya niii....ok guys malam nanti I nak sambung sharing2 n ulangkaji sedikit ok...tunggu tau, jangan ke hulu ke hilir,,tunggu jea. Biar bersawang ketiak tu tak pe!! tungguuuuu......Dear, bersiap sedia T-Rex nak datang ni makan uuu.........aaggrhhhhh aaggrhhh......KEDEBUSH KEDEBUSH  ( Tu bunyi tapak kaki T-Rex laa )......



Tuesday 17 July 2012

Sentuh hati isteri..

ASSALAMMUALAIKUM  DEAR.......ASSALAMMUALAIKUM U ALL...


Dear tonite u tido awal..Tu dah tido la tu, agaknya sebelum ni tak dapat tido lena, agaknya letih sangat banyak buat kerja.. macam2 kerja u buat, antaranya,, mengamuk sambil keras2kan badan, memanaskan badan  sampai demam, berusaha keras mengeluarkan kahak tak berhenti2 selama 3 hari dan kerja yang paling u suka n menjadi kerja kegemaran u, buat suara............aa,aa,aa.. Akhirnya malam ni u tido awal, pukul 10.30 tadi dah lelappp.....Gnite dearrr,, sweet dreamm, kiss, kiss kiss...


Hari ini I dah buat rekod baru, rekod masa terpantas mengemaskan u...Biasanya masa paling cepat I kemaskan u sebelum ni selama 1 jam setengah,,hari ni tadi masa I 53 minit!!!! So selepas ni juara masterchef selebriti yang pertama tu akan berdepan pula ngan I menghadapi ujian masa terpantas,,dia masak, I kemas u, tgk siapa yg selesai dulu..hahahahahaha amacam ada berani ka?? U all tolong tanya dato tu, berani tak sahut cabaran I ni.....Apa u all dok baca lagi ni!! pi la tanya Dato Fadly tu dulu,,g tanya, g tanya....hehehehehe jgn marah aa,aa,aa,


Bermula dari menyiapkan persiapan mandian u, menyabun ( bukan I yg menyabun! tu, sabun mandikan isteri I ) bilas badan u, cuci rambut n muka termasuk facial u, lap kering, pakaikan lotion badan, pakai pampers,korek idung,korek telinga, gosok gigi, tukar cadar, sikat rambut u dan pakai pakaian u tu,,semua siap 53 minit!! Terror tak? Hallo bukan mandi cincai2 tau, mandi cm biasa atas katil u n tilam tak basah ooo.....oooooo.......Senyum betul I tengahari tadi dapat buat rekod masa terpantas selama setahun lebih ni menjaga u..tapi letih la sikit coz mengejar masa kan...Macam2 cara dear I buat sepanjang menjaga u ni. Actually, I memang suka bertukar2 cara penjagaan u supaya I ni tak la rasa bosan membuat perkara atau waktu yg sama jea,,so today tu yg cuba mencipta rekod tu,,bak kata org syok sendiri..hehehehe Ni u dah tido awal I pulak tak de apa nak buat sekarang so ambil peluang up date blog kita ni ler n cuba nak bercurang curangan ngan pembaca2 kita ni hehehe u tak marah kan dearr,,,diam jea my wife ni,,tanda setuju la tu..Jom kita sambung bercurang curangan lagiiiii yeaahhhh..Isteri I dah tido, bukan dia tau pun I curang ngan u all yeaahhhh.........Tapi nanti sekiranya dia dah sedar, u all tolong la cover line yea...sshhhhh cakap pelan2 kang dia dengar kang sshhhh...


So semalam kita ulangkaji pasal curang then kita dah maafkan dia kan so kalau boleh jangan la kita ungkit2 cita lama tu yea, tak bawa apa2 manfaat pun..Focus pada pembaikkan kehidupan yg lebih baik n rajin2 la kita ni berbincang bila ada apa2 permasaalah atau perkara2 yg perlu di selesaikan bersama....I faham, lelaki ni agak kureng sikit nak berbincang ( tak semua yea, segelintir sahaja )..Kalau si isteri bertanya kenapa abg ni payah nak bawa berbincang,,selalunya dia diam jea atau dia kata nanti dulu la esok kita cakap, dia ada hal lain nak buat,,kan? Ada lelaki yg cm tu, dah antara sifat lelaki begitu, so nak buat macamana?...Macam tu laa..hahahaha...Sebab tu la awal2 dulu I katakan rajin2 la kita bermanja2 ngan pasangan kita, selalu hiburkan pasangan kita, toleransi la sikit, terutamanya si isteri ni, maaf ckp yea isteri2 yg I sayang hehehehe..sebenarnya si isteri ni kadang2 dia berasakan semua kerja dia kena buat,,g kerja, masalah kerja, uruskan anak, masak, layan suami, kena beli langsir raya, nak berkejar kat kedai emas,,! sengugut pun dia kena tanggung bila sampai masanya!! Jadi, keletihan  fizikal dan keletihan memikirkan pembahagian masa untuk perkara2 tadi yang membuatkan si isteri ni kurang toleransinya bila berlaku perbincangan. Sedar atau tidak, tu la dia penyebab utama, kalau berckp tu nak menang jea kalau rasa2 akan kalah si isteri akan membebel..pok pek pok pek...cm A.I di antara kawan2 blog yg I suka..( en suami A.I jgn marah yea ).Yg si suami pulak rasa dia tak buat apa2 kesalahan pun sedangkan dia pun g kerja, balik kerja, layan anak jap, minum tongkat ali dan tido..emmmm..... memang tak de kesalahan pun en suami2 termasuk la saya ni yg cap ayam jea...Suami  terlupa nak menyentuh hati isteri..Dalam n3 I yg awal2 dulu I katakan menjaga isteri ni senang jea,,sentuh la hati dia, ucapkan terima kasih atas tiap kerja yg dia dah buat atau tengah buat..cium pipi isteri tiap masa, dukung2 dia, katakan kasih saya rasa bertambah la pulak bila dapat dukung awk ni atau peluk awk. ada rezeki lebih belikan la hadiah untuk isteri,....sebelum tido tu urut2 la badan atau kaki si isteri tu dengan maksud, tq dear selesaikan kerja2 umah n urusan anak tadi... ( maksud 18sx I tak tau la )Sekiranya si suami boleh  rajin2 amalkan  perkara2 remeh ni pada isteri nescaya apa2 saja perbincangan akan di persetujui oleh isteri dengan hati yg senang sekiranya suami yg buat keputusan. Sentuh hati isteri ni boleh melenyapkan keletihan dia, sentuh hati isteri ni boleh mengurangkan sakit2 dia...Sentuh hati. 


Cuba kita suami2 ni buat cm ni..Cari satu hari yg bermakna, maksud saya pada setiap minggu, hari apa terpulang la kat u all bro...kita belikan sekuntum bunga seeetiap minggu pada hari yg sama n beri pada isteri kita,,masa, waktu dan cara tu sendiri mau cari la, bini ko org bukan bini aku...Tengok nasib I ni, semua tu I tak boleh buat lagi dah, dgn siapa nak nak bergurau, ngan siapa nak berbincang, ngan siapa??....U all ada masa n peluang yang baik so jangan sia siakan peluang yg Allah dah bagi tu...Jangan sia siakan pasangan kita masing2..Itu la 80% kita yg terbaik, tak kira la si suami atau isteri....U all rasa I ada berapa %??....Saya suka tgk sepasang suami isteri yg dah tua sgt melintas jalan sambil berpegangan tangan..pernah tgk kan...Fikir2kan laaa......


Eh dah panjang sgt ni..( karangan ni yg dah panjang!! haaiiyaa ) esok2 kita ulangkaji pasal 80% yang dah di tinggalkan pulak, cmana, ok?...I ni belum makan lagi, maklum la isteri asyik tido jea..nak g bungkus makan jap..so u guys gnite and I love u all...ok murid2 ucapkan gnite to my wife.......thank you..aaaaa lega perut dapat kentut..! Assalammualaikum....



Sunday 15 July 2012

Bertanya sahaja..

Salam kembali syg,, n salam pada semua pungunjung blog ini...


Hari ni nak up date pasal kesihatan u dulu dear..Bukan pasal aa,aa,aa, u ler, ni, 3 hari berturut2 kahak u tak henti2 I kena sedut..bukan pakai mulut pakai mesin suction tuu. Mula tak tau mana silapnya jadi gitu dan jumaat lepas u mula demam pulakkk.....3, 4 pagi baru I dapat tido menjaga u sepanjang kesihatan u yang agak serius...


Khamis lepas pn. Asimah staff nurse dari hospital datang buat check up, katanya paru2 u mungkin di jangkiti virus sekali lagi dan u mungkin akan demam. Katanya lagi kalau dalam sehari dua tak ada kurangnya kahak u tu I terpaksa masuk kan u kat hospital seremban ni..Then i kata kat pn. Asimah, bagi saya masa untuk ubatkan u dulu sekiranya tak berjaya saya sendiri akan hantar Gee ke GH seremban..So 3 hari doctor en suami u ni menjaga n memberikan ubatan yg sesuai for ur problem ni...Alhamdilillah malam semalam banyak dah kurangnya kahak dan u tak demam lagi, suhu badan pun dah ok, paru2 pun dah tak berbunyi lagi dan yang penting u sekarang dah dapat tido dengan nyenyak sekali...n tu masih tido lagi tak bangun2, tido macam org kerja kontrak buat jambatan!! Cm tu la u dear sekarang ni, graf kesihatan u. kejap mendatar, kejap turun,,tak naik2 lagi nampaknya..Sabar la dear yea.. I pun dok sabar la jugak ni. Malam ni nampaknya boleh la I tido awal sikit. Jagan kahak n demam lagi, sudah. So far everything nampak ok dah..so near pun nampak good gak..


Isteri saya, isteri saya ni, geram2 dia, wangi2 dia, cayang2 dia, cipot2 dia ( cipot2.? apa tu?..hahaha mana I tau )..Sepanjang penjagaan u sehingga hari ini I rasa puas. Walaupun u tak sembuh lagi, to me, I rasa la, I dah jaga n buat yg terbaik untuk u dear. Dan I masih teruskan usaha I ni..Nanti jangan sesekali keluar ayat dari mulut u mengatakan u ni menyusahkan I..Dear, tak pernah I rasa begitu, tak pernah I rasa bosan n tak pernah lagi I rasa putus asa menjaga u..U know why?? Ada seribu jawapan, I pilih satu dulu...coz YOU ARE MY WIFE. Jawapan lain kalau taip ni mau haus ujung jari I yg kiut miut ni hehehehe...Tangan husband u ni tangan jantan mana la ada kiut miutnya...Ur man of power!! Semuanya berpower power!! hahhahaha..Ha, cita pasal power memawer ni ( kaknah jangan la kutuk bahasa saya yea, gurau2 jea ) teringat nak cita pasal curang! coz ada yg tanya saya berkaitan hal ni, mari kita ulangkaji lagi sama..Dear u tido dulu, I nak sembang2 jap ngan pembaca2 blog kita. Sekarang pun suami u ni dah jadi gigolo coz pembaca ramai wanita, lawa2 pulak tu..hehehehehe u tido dulu yea bagi la cann i nak bercurang curangan jap...cayang cayang...


U all, cita panjang sikit tak pe kan takut bosan pulak membaca.. tak pe yea kita ulangkaji jap, ok sayang2 semua..Dengar sini baik2, tak kira lelaki atau yg perempuan..Berkaitan curang ni, kalau nak cita pasal hukum semua tahu..Hanya kat sini saya cuba menyedarkan sahaja, terutama pada diri saya sendiri..Apabila seseorang tu nak cari pasangan, dia ada ciri2 pilihan, dari segi tubuh badan, perangai, cantik, kemahiran luaran atau dalaman tak kira cmana cita rasa kita ni..Then bila dah dapat, kita tahu apa yg kita dapat tu bukannya 100% tetapi hanya dapat 80%. Tak perfect la kata org..Kita hanya tahu tapi kita tak sedar..So ada 20% lagi yg kurangnya pada pasangan kita tuuu..Setelah lama berpasangan, tiba2 Allah uji pasangan kita ni..bagaimana? Kita pun jumpa la seseorang tu yg mana dia mempunyai 20% ciri2 pilihan kita dahulu,,aaaaa ( Bukan aa,aa,aa, itu isteri saya, sekarang ok dah ) kita mula la tertarik hati kat dia dan bermula la proses curang tersebuttt...Dari saat tu bermulanya pergolakkan rumahtangga atau boyfren girlfren ni...Bergolak tu u all pandai2 la settle sendiri jangan panggil I, nak curang ngan I ok!! hahahahaha Kat sini I nak beritau n nak sedarkan pada pencurang2 ni..U all sedar tak, u all dah dapat 80% tapi u all nak kan 20% tadi dengan membuangkan 80%. Faham tak apa yg i taipkan ni.. ( ulang ayat tadi )..80% tu kurangnya 20% jea tapi 20% tu kurangnya 80%!! Jadi kenapa buat cm tu..kalau u pilih kedua2nya sekali ( kawin 2 la ) nescaya yg 20% tu akan terabai lama kelamaan dan u akan berbalik2 semula ke 80% u...Malu tak rasanya nanti bila u all dah terlambat sedar...? Ni cita pasal curang yea bukan kawin 2 ke 3, kawin lebih tiada larangan tapi ada syarat2nyaaa....So curang tadi, bodoh tak kita ni. Nampak sangat si pencurang ni mementingkan diri sendiri, jangan kata la diri tu baik..Walau bagaimana pun sekiranya pernah terjadi perkara di atas, maafkan pasangan kita, kita manusia yg bernafsu cepat buat silap dan sebagai hamba Allah, kita maafkan, jalin semula, perkukuh semula ikatan berpasangan kita. Mana yg masih curang curangan ni sekadar ulangkaji n nasihat sahaja jgn la marahkan saya...I sayang u all,,sungguhh..


So pasangan2 sekelian cuba tanya pasangan masing2 semula apa yg kurang pada diri kita yg perlu di tambah supaya kita dapat menghampiri 100% yg pasangan kita perlukan..Tanya, jangan tak tanya atau terlambat nanti. Bukan payah tanya dan nak malu kenapa kita  bertanya, pasangan kita kan..Contoh pertanyaan suami pada isteri " sayang, sayang, selama ni abg minum tongkat ali, syg rasa cukup tak? atau syg nak abg mandi ngan tongkat ali tu sekali?" contoh, contoh...Yg si isteri " abg, abg, rasa2nya berat dinda yg hampir 100kg ni abg suka tak? atau abg nak dinda tambah lagi?"...tak susahkan bertanya untuk memperbaiki kesejahteraan hidup..Bertanya pun kena la pada masa2 yg bersesuaian..Masa tengah berdua2an paling baik bertanya kan.. So ni la ulangkaji kitaaaa untuk hari nii...Sampai kita berjumpa lagi pada siri yg akan datang....Selamat bertanya and I love all of you...seriusly,,I sayangkan u all semua. Terima kasih berkunjung di blog ni dan terima kasih mendoakan isteri saya,,terima kasih....C u all, pye pye...

Thursday 12 July 2012

Just listen n remember dear,,


Salam dear,, Just listen n remember, sekiranya u terlupa siapa I ni.




 Terima kasih Ya ALLAH..Suami yang selalu mendoakan kesejahteraan u dear.


Dear ingat tak siapa di sebelah u ni? Ni la jejaka rebutan gadis2 di Malaya ni!! hahahahaha...Nama I Abil Fikri b. Ahmad. I la suami u dear..yang selalu samping u dulu.

Dan akan sentiasa di samping u syg....

Tuesday 10 July 2012

Dongak ke langit, dear..

Salam Dear...


U masih lagi aa,aa,aa....I pun agak letih rasanya today....aa, aa, aa...Dear, Dear..


Setakat ni I pun tak tau berapa banyak warkah yang I dah siapkan untuk u baca kemudian hari. Tujuan "warkah buat isteri" ni I buat untuk u,,semoga u dapat mengimbas kembali atau agar u tau apa yg telah terjadi pada u n I nak u judge bagaimana suami u ni..Mengikut sejarah perubatan sekiranya u sedar nanti banyak info dalam kilang otak u akan lupus dalam ingatan. Mungkin u pun tak kenal siapa I ni nanti... Walau  apa pun kesannya nanti, I harap warkah ni akan byk membantu u. Luangkan lah sedikit masa untuk membaca warkah ni nanti yea sayang...InsyAllah.


Tadi dok memujuk2 u dari aa,aa,aa, u yg tak berhenti2 tu, sempat gak terlayang kenangan waktu kita baru kenal, bak kata org waktu cinta berputik!! Che wah, jiwang jea bunyinya..Semenjak perkenalan kita yg I citakan sebelum ni, kita ni dok main sms jea agak2 selama sebulan..Then baru la kita dapat keluar berdua dating2. Bukan apa, basicly sebulan sms tu nak kenal2 dulu cmana orgnya, apa kesukaan, apa hobi, boleh percaya ke..Bila dapat keluar ngan u for the first time, pehhh rasa seronok I, hati tu rasa terhibur. Tapi kisah kisah cinta kita ni dear tak la sehebat mana pun kan, kita hanya keluar g makan2 sekitar KL, jalan2 sekitar KL gak n tak pernah g tgk wayang sebelum kawin! Subjek2 borak pun tak de la jiwang2, yea la umur I mencecah 40 tahun, u 35 tahun so subjeknya pun mengikut umur..bukan tua tapi matang!! hehehehe. Bila kita dah mengenal hati budi masing2, kita dah nampak keburukkan diri masing2, I pun bertanya adakah keburukkan sifat diri saya awk boleh terima? Awak jwb, InsyAllah. Awk pun tanya saya, Saya jawab, InsyAllah saya boleh ubahkan sifat tu. Selepas pertanyaan tu, baru la I nyatakan pada u, I think I in love with u..masa ckp cm tu agak berpeluh gak dahi I ni, nampak jea tegas but ada "lake garden" dalam hati I..hahahaha U pandang I, u kata, Ai, awk think jea! then u kata lg, I think the same juga...Peluh dahi I terus kering,,happyyy yooo...Hari tu sah la kita jadi boyfren girlfren..Pada minggu tu juga I ajak u blik kampung u,  nak kenal pula ur family di kertih, trengganu. I nak memperkenalkan diri I pada dia org so boleh la ur family judge I dan I kata kat u sampai di sana nanti bila sembahyg I nak jadi imam. U gelakkan I masa tu. I kotakan apa I ckp, u diam jea pulak. Cm tu la baru steady!! Mana2 pasangan yg lum kawin lagi buat cm tu bila g rumah bakal mertua, amacam boleh!? Tu namanya secara tak langsung memikat hati bakal mertua n secara tak langsung nak beritau tok kadi jgn tanya banyak2 masa akad nikah hahahahaha...Selama 10 bulan jea kita fren fren then kita pun naik pelaminnn...


Selepas kawin la baru kita benar2 bercinta, masa dah kawin la kita berjiwang jiwangan, bergurau gurauan, gigit2 punggung,, lepas nikah baru la kita g tgk wayang sama2,,Awal waktu perkahwinan u pernah tanya, kenapa I tak seromantik cm ni sewaktu jadi boyfren u? I kata cinta yg sebenar2nya n romantik yg sebenar2nya hanya lah pada wanita yg bergelar ISTERI...bukan girlfren atau bakal isteri.,( masa tu malam, depan rumah kita dok sembang2) I pun tanya u,,apa yg u nampak di atas sana? sambil I tunding jari ke langit. U kata nampak awan dan langit. I tanya lagi, pernah tak bila u dongak ke atas, langit tu tak de atau hilang? U ketawa n kata mana pernah..I ckp kat u, macam tu la kasih dan sayangnya I pada u..so setiap kali u tanya I, awak sayang saya tak,,? I jawab, cuba tengok ke langit..Dan setiap kali tu la u akan kiss pipi I...


Tapi sekarang ni, I pulak yg cium pipi u setiap masa dan setiap hari..Dear, sekiranya  u sembuh, I dah tak de lagi or u tertanya2 adakah suami u ni masih menyayangi u lagi,,,dongak la ke langit, u akan dapat jawapannya. Cinta saya akan bersama awak ke mana saja awak pergi....just dongak ke langit......

Saturday 7 July 2012

aa,aa,aa.

Assalamualaikum Dear....n pada semua pengunjung yang di kasihi..


Dari u bangun tido pukul 11 pagi tadi hingga sekarang dok berbunyi jea tu tak henti2...apa masalahnya,,I tak tau. Nak kata sakit ubat2 dah beri, nak kata lapar, tak mungkin gak coz meal u I beri tiap 3 jam sekali. I dah kemaskan u seperti biasa. Setahun lebih dah I jaga u n selalunya I boleh agak what"s the problem but hari ni I tak tau mengapa u dok berbunyi aa,aa,aa jea tak berhenti...


Sepanjang hari dok pujuk u still aa,aa, bunyinya. Lagi I ada ngan u, lagi kuat bunyi u buat so I terpaksa tinggalkan u sorang kat bilik. Bila I dah keluar u tak kuat bunyi..Betul2 I tak tau what" wrong, apa u nak, I tak tau..Dari siang dok sabar, sekarang ni ada tension sikit!! Member tadi ada datang ziarah dan kata baca2 la doa sikit mana la tau ok nanti...Habis doa n siap ngaji cm biasa tadi still my wife ni nyanyi aa,aa,aa,aa,..banyak degil punya girl ini, serupa ada batu konkrit dia punya kapala dalam!!! Nasib baik you punya laki ini ada sikit lagi kesabaran, tak ada kalooo...u, saya takda  hantar Muzium Negara, itu zoo negara jugak saya kasi tarok u sana! Ada itu ular tau, tau ka itu ular,,Anaconda!!! Aaaaa nanti baru u takut, boleh diam teruss.....Itu aa,aa,aa, takda lagi....Cm ni la I kadang2 ada rasa tension. Walau cmana pun I sedar dan faham, begini la perasaan yg akan ada pada setiap org yg dok menjaga pesakit seperti u, termasuk la I ni. So bagi mereka2 yg seujianNya dengan saya ni,, kita sabar jea la, doa2 la selalu dan jangan putus asa. Macam ni la campur baurnya perasaan mental, hati n fizikal..Kalau kita tak rasa semua tu ( lari dari tanggungjawab ) dan kita tak mengawal perasaan tu dengan baik maka kita telah gagal Ujian ALLAH dan kita tidak layak mengunakan perkataan REDHA sekiranya kita kehilangan org yg di pertanggungjawabkan kita jaga. Pegang la nasihat ini dengan baik..! ..chehh wah! ada macam wali berkata2 tak..?.. ( aaghh tuihh )... siapa yg meludah tu!!


Dear, I bukan betul2 marah u tau,,hanya sesekali tu ada rasa tertekan sedikit. Sekiranya ada terkasar bahasa atau marah2 u tu, maafkan saya yea..Saya ni pun manusia biasa saja macam lelaki2 yg lain ada macam2 perasaan. Insyallah, Saya masih boleh mengawal perasaan ni..n sorry to say, malam ni memang I terpaksa tinggalkan u seorang kat bilik tu n I kat bilik sebelah u. Now u masih berbunyi tapi dah mula kurang la. I akan intai u dari tingkap jea dari masa ke semasa, dont worry yea sayang I ada sentiasa berdekatan ngan u. Agaknya sekiranya u sembuh nanti dan I akan beritau, u berkeadaan begini, mesti u tak percaya rasanya..Pada I percaya atau tidak, itu semua tak penting,,apa yg I harapkan..harapkan u sembuh n kesihatan u baik hingga akhir hayat. Itu sahaja.


Sepatutnya up date I ni kaitan cinta berputik kita berdua sebelum kawin dulu  n di susuli ngan teguran pada suami2 yg ada degil sikit nak pujuk2 isteri dia org ni. Rotan nanti baru tau suami2 ni hahahaha abg2 sekelian jangan marah aa hehehehe kita citer citer jea cmana nak hilangkan ego kita sang lelaki ni supaya senang sikittt jea pujuk isteri bila isteri kita merajuk..ciaannn dia org..Allah pun suruh pujuk, Sehingga Allah turunkan surah dalam Al Quran kalau tak caya cuba baca surah An-Nisaak ( perempuan perempuan ). Itu arahan Allah, jangan kita langgar..Isteri ni antara sumber kekuatan dan umpama tulang belakang suami..Para suami ini semua kuat2 n berani2 belaka, tapi kuat2 dan berani2 kita ni pun takut gak ngan isteri...Kalau berani cuba tanya elok2 ngan isteri tu,, " yang, yang, boleh tak I kawin satu lagi sayanggg? ( nada manja ) aaa kita tenguk jawapan dia org ni dalam komen blog saya ni nanti,,sure meriah punya hahahahahaha komen tau jgn tak komen.


Cm saya lain, saya berani tanya cm tu kat isteri saya,,bila tanya, dia diam jea, perempuan klau diam, tanda setuju la tu..hehehehehe Gua tak takut bini bro!! hehehehehe Eh dah la, segmen tu saya up date besok yea.


Ni nak g intai my wife n nak tido dulu ler, tu pun masih ada bunyi aa,aa, tu,tapi dah slow. Jap lagi tido la tu.
ok guys, good nite n sweet dream atau u all nak dream apa pun dream la....see u tomorrow.

Wednesday 4 July 2012

T-Rex datang!!

Salam Dear...Salam pada semua tidak kira di mana u all berada, Semoga Allah senantiasa memaafkan dan mencurahkan rahmatNya pada isteri saya dan juga pada kita semua..Semoga buku catatan kita semua yg akan " di tukar " nanti, di sukai Allah..


So mari la kita sambung lagi cerita cerinti taik mata buat inti..(eee yek, buat inti!! eeee yek)..Gee masih tido lagi tu, mari kita gosip2kan dia..yeeahhh..Dia bukan tau pun kita tgh nak gosipkan dia ni hahahaha. Gee ni sejak 2 malam kemarin dok nak mengamuk jea sebelum tido,,pujuk2 dah tak laku dah, mengamuk dulu then baru dia tido lena...Cuba u all buat cm tu, baring jea sebelum lelap tu buat2 mengamuk la, ronta2kan badan ke,,tgk pasangan kita kat sebelah tu suka tak..Amacam ada berani ka!!? Tak tau la Gee ni, tukar tukar perangai pulak dia ni macam Ultraman...tapi pujuk2 tu kena buat gak klau tak, lg lama dia ngamuk,,aiiyaaa, apa la amoi, lu bikin itu macam sama saya...nanti saya kalau marahhh,,, I anta u kat Musium Negara biar org tenguk u mengamuk cmana, boleh buat kajian tapii ingatt u all, bayar dulu sebelum masuk bilik pameran ni!!! hahahahahaha...Gee kalau tau la I ngata kan dia cm ni, tentu  dia piuh telinga I..hahahaha..


I ni memang suka sangat menyakat Gee, dari mula kenal dulu sampai la sekarang..sampai dia fon my mom mengadu.".Makkk tenguk si abil ni "..Tak malu ngadu kat mak I, ngadu la kat mak u..habis jea dia bercakap ngan mak I tu,,I gigit punggung dia!! hahahaha punggung my wife ni mantap babe,,kau ada..( azwan ali style ). Menjerit2 dia bila I nak gigit punggung dia, sampai  kadang2 tu org sebelah rumah tanya, gaduh ke bil? Tak gaduh,,Gee jerit, takut T-Rex datang nak makan punggung dia..akak sebelah tu blur jea. Dah penat usik dia, I ajak dia main dam atau snake n ladder pulak, dia layan pulak I tu..Ada masa I usik dia sampai dia naik marah, dia masuk bilik n kunci. Bila I nak masuk tak boleh. I kata Dear syggg buka la pintuu nii,,dia diam jea..marah la tu, lagi la I suka nyakat, I kata,,nanti malaikat marah tau kalau biarkan suami tido luar,, Gee jawab.."".aa awak ajak la malaikat tu teman awk tido malam ni!!"" hahahaha tu betul punya marah tu...hahahahaha I gelak dgr jawapan tu sampai keluar airmata..Tiba2 dia bukak pintu n gelak gak bila dia tenguk I gelakkan jawapan tu, berguling2 atas lantai..At last, kita akan tido sama depan ruang tv tuu sampai pagii...Satu keseronokkan kalau dapat bergurau cm tu ngan isteri kita kan..Ni la dia yang di katakan antara nikmat2 dunia yg hebat Allah hadiahkan..HUBUNGAN SUAMI ISTERI......tapi sekarang.....ehh tak mau cita sedih kang ramai yg nangis lagi kang,, I nak memujuk kang tak larat ramai sangat..Kalau I mandi ngan tongkat ali sekali pun tak larat gak nak memujuk ramai2 ni,,,jangan nangis,,jangan nangis...Hepp babab kang, jangan nangis!!


Ada masa tu I kata ngan Gee,, today u tak yah g kerja la, I nak spent time ngan u la hari ni,,I belanja u kasut yea. Gee dgr beli kasut jea, dia kata okk darling ku. I pun terus call boss dia n kata I nak my wife cuti today ler to spent my time with her, boss dia kata ok en. abil tapi 1 hari saja ok. Boss dia I kenal so senang sikit ler nak mohon emergency leave cm tu...The whole day tu kita spent time berdua jea la. G beli kasut, G zoo, ( I suka g zoo ), g musium, jalan cari makan, borak2 tentang cinta cinta,solat sama2,,ooo best best best..I LOVE SPENDING TIME WITH MY WIFEEEE......Bila kita selalu buat cm tu, gaduh2 suami isteri tu tetap ada la, but jarang2 berlaku, kalau gaduh pun cepat jea settle. Bab gaduh2 suami isteri ni, sekiranya kita selesaikan ngan tolak ansur, ending dia memang menyeronokkan..emm yg dah kawin jea faham ending seronok tu cm mana hehehe kan kan kan...So mari la kita semua bergaduhhh..hahahahahaha


Alamak, Gee dah bangun, ok guys nanti sambung lagi..ta ta...Dear syg, ni T-Rex datang....



Monday 2 July 2012

hug me dear...

Assalammualaikum Fauziah bt. Muhamad, wife saya, sahabat saya, geng saya, buah hati saya, pengarang jantung, paru2, buah pinggang, perut dan ehem ehem saya...masih tido lagi yea...


Malam semalam u lewat sikit tido. U keras2kan badan lagi. Kali ni I tau kenapa, I pun check, betul sangkaan I...u tgh buang air besar, yak yak..eeee bucuk bucuk. Lepas I kemaskan u, u pun tidoo sampai la sekarang ni lum bangun lagi, pukul 12 - 1 nanti la u akan bangun ...I pun baru kemas2 rumah, hanya baju jea lum basuh, esok2 la basuh, malas pulak rasanya.


Semalam petang I kena hantar my mom balik KL coz ayah ada mesyuarat kat masjid rasah lepas isyak. Nanti klau tunggu ayah, lewat pulak esok cucu2 mak nak ke sekolah, mak bapa dia org out station. So lepas asar n dah beri ur meal, I pun ke kl anta mak..I ada 3 jam masa balik semula ke sban coz nanti nak beri ur susu lagi n kemas2 u...Lama I tak jalan jauh semenjak u sakit ni hanya keluar di sekitar seremban jea. Sampai di kl rasa macam,, oii besarnya bandar ni, cantiknya, cm jakun hehehehe pada hal bertahun2 duduk kl sebelum ni. Sampai jea di rumah kl ( rumah adik I) I nampak motor scoter kita tu, motor jalan2 petang kita tu..Terus I nampak u duduk n I boleh terasa u peluk I..Turun dari kereta I tgk jea rumah yg selalu kita duduk ni..Tak tau kenapa la dear,,I boleh terasa you are still around. Masuk rumah I terus ke bilik kita tu,,Dear, nangis I,,tak sedar pun I ni nangis..I really can fill you..I nampak u tido, u siap2 g kerja, I gurau2 mengusik u, u sembahyang....Betul2 kenangan semua tu terbayang depan mata..Baru I sedar yg I tak boleh nak ke rumah ni lagi,,bukan tak suka tapi kenangan kita tu..Sebelum I turun I ambil gambar kita yg u frame kan dulu..I told my mom,, Mak, Abil tak boleh tgk bilik atas tu la mak.. Mak faham n hanya mendiamkan diri..Saya betul betul boleh fill awak di rumah tu..Then lepas magrib, I bertolak semula ke sban. Sampai jea di rumah I terus ke bilik u tergesa2 n peluk u semahunya, sampai u terperanjat! Dan baru I lebih sedar betapa hebatnya dan agungnya kasih seorang ISTERI. Ramai org kata u bertuah mendapat suami cm I ni,,tapi pada I, I yang bertuah mendapat u sebagai isteri I. Terima kasih ALLAH, terima kasih Ya Rasullulah.


Ya ALLAH demi zat MU yang Agung, demi puji pujian MU yang agung, sembuhkan la isteri saya, berikan lah rahmat dan kesihatan yang baik sehingga akhir hayatnya, saya terlalu merindui isteri saya Ya ALLAH, kesihani lah kami Ya ALLAH..Ya Rasullulah, saya bertawasul dengan mu, doakan la kesejahteraan kami, doakan lah isteri saya ini agar sembuh Ya Rasullulah...amin amin aminn..


Seriously dear,,I really need ur hug. Bangun dear, bangun dear..come back to me sayang......Dear..

Followers